Thursday, February 11, 2010

Pakej Melancong HALAL di China

LV Travel & Tours Sdn Bhd, telah melebarkan sayapnya ke negara China yang sememangnya terkenal dengan destinasi pelancongan yang cantik dan menarik. Ramai warga Malaysia ke China setiap hari sama ada melancong mahupun atas urusan perniagaan. Kami ingin memperkenalkan satu lagi produk Mari Mari Cuti kali ini ke negara China yang mempunyai beberapa destinasi menarik untuk dikunjungi. Ramai pelancong melayu beragama islam dari Malaysia risau dan khuatir tentang mencari makanan halal di negara China namun sekarang ini tidak lagi perlu risau dan merasakan kepayahan untuk mencari makanan halal kerana, wakil-wakil agen yang kami lantik disana sememangnya beragama islam dan mereka juga boleh berbahasa melayu atau Indonesia disamping bahasa Inggeris dengan fasih sekali. Pemandu pelancong juga yang berpengalaman dan kebanyakan mereka yang beragama Islam dan amat faham tentang sensitiviti dalam pemilihan restoran dan makanan bagi pelanggan yang beragama islam. Pelancong akan melancong dengan perasaan hati yang tenang dan gembira.

Mari-Mari Cuti China mempunyai beberapa pakej destinasi yang boleh menarik minat pengunjung untuk ke sana seperti destinasi Beijing,Shenzen,Guangzhou dan Yiwu. Destinasi Beijing adalah ibu negara China yang mempunyai banyak peninggalan sejarah dari awal tahun 221 sebelum masehi sehinggakan ianya menjadi sebuah negara republik yang maju sekarang ini. Pelancong akan dapat melihat dengan lebih dekat kesan-kesan peninggalan sejarah daripada dinasti-dinasti pemerintahan yang terulung di negeri China seperti Dinasti Yuan, Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Pelancong juga akan dibawa melawat dan menziarah Medan Tian An Men, Kota Terlarang, Tembok Besar, Istana Musim Panas, Masjid Nan Dou Ya, Masjid Ma Dian. Destinasi membeli belah akan membawa pelancong ke beberapa tempat menarik seperti Muslim Supermarket, Fresh Water Pearl Center, Wang Fu Jing Shopping Street, Jade and Crystal Shop,Burning Cream Center, Hard Rock CafĂ© Souvenir Shop, Tianya Hong Qiao Market, Yashow Market, Jewelery Shop, Sunny Gold Street dan banyak lagi. Para pelancong juga akan dibawa melawat stadium olimpik “Bird Nest” yang mempunyai reka bentuk unik seperti sarang burung yang cukup terkenal salah satu produk yang berasal dari negara China.


Destinasi Shenzen adalah sebuah kota metropolitan yang terkenal dengan taman tema dan taman hiburan bertaraf dunia seperti “Windows of the World”. Shenzen tidak banyak peninggalan sejarah namun pengunjung akan tertarik dengan pusat-pusat membeli belah yang mempunyai pelbagai jenis pilihan barangan . Pelbagai jenis barangan boleh didapati seperti keperluan diri seperti pakaian ,perhiasan, jam tangan, beg, kasut sehinggakan peralatan elektronik seperti pemain mp3, komputer, telefon bimbit dan banyak lagi. Barangan yang diniagakan juga dari pelbagai jenis jenama yang asli sehinggakan jenama tiruan. Kami menyarankan agar pengunjung dapat tawar menawar harga didalam setiap urusan bagi mendapatkan harga yang terbaik.
Antara lokasi mebeli-belah di Shenzen yang terkenal adalah seperti “Lo Wu Commercial City”, Dong Men Pedestrian Street,Dong Hai Pacific Mall, MixC Shopping Mall, Hua Qiang Bei dan Coco Park. Bagi pengemar makanan pula hidangan tempatan yang terkenal adalah masakan Guandong dan Szechuan.
Pelancong akan dibawa ke beberapa lokasi lawatan seperti Lotus Mountain Park, Dengxiaoping Stature, Red Forest Seaside Park,Yuexiu Park dan beberapa tempat menarik lagi. Pengunjung akan dibawa menziarahi masjid tunggal yang ada di Shenzen iaitu Masjid Shang Meilin untuk melihat budaya islam di negara China berkembang.

Destinasi Guangzhou pula berbeza latarbelakang sejarahnya yang mana dahulunya dikenali sebagai Maritime Silk Road yang mana ianya menghubungkan selatan China dengan India,Asia Tenggara, Timur Tengah dan juga Afrika dalam aktiviti perdagangan sutera pada masa lampau. Ianya juga terkenal dengan pemimpin revolusi seperti Sun Yat Sen, Mao Ze Dong dan Zhou En Lai.Pada tahun 1982, Guangzhou telah tersenarai di dalam dua puluh empat senarai bandar bersejarah yang ada dalam negera China. Sekarang ini ianya menjadi tarikan pelancong kerana beberapa tempat membeli-belah yang menawarkan harga yang amat menarik seperti Guangzhou Donshan, Nangfang, Yong’an, Yide Lu, QingPing, Xinhu Road ,Jiaoyue Road, Mayawang Center, Beijing Road dan Shangxiajiu Shopping Street . Masjid Guangta adalah salah satu daripada empat buah masjid yang terkenal di China terdapat di Guangzhou. Pengunjung juga akan dibawa ke ke Dr Sun Yet-sen Memorial Hall bagi melihat sejarah perjuangan aktivis dinegara itu.

Destinasi Yiwu adalah salah satu destinasi yang paling digemari oleh usahawan atau peniaga mahupun pemborong kerana disini terdapat sebuah pusat pemborong yang terbesar didunia dikenali sebagai Yiwu Wholesale Centre. Ianya menempatkan pelbagai jenis barangan daripada keperluan diri sehingga perhiasan rumah. Barangan ini boleh dibeli secara borong dan harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah daripada biasa. Empat pusat jualan borong yang terkenal di Yiwu adalah Yiwu Huanyuan Market,Yiwu Socks Market,Yiwu Binwang Market dan Yiwu International Trade Market (Yiwu Futian Market). Produk yang terdapat di Yiwu Huanyuan Market adalah seperti skaf,talipinggang, kasut, topi dan sarung tangan. Manakala di Yiwu Socks Market mempunyai produk seperti sarung kaki lelaki dan perempuan, stoking, sarung jari kaki, pemanas kaki dan produk barangan berasaskan tenunan benang.Yiwu Binwang Market terkenal dengan produk seperti talileher,pakaian lelaki, tuala, produk yang mempunya lace dan macam-macam lagi.Yiwu International Trade City Market pula adalah pusat jualan borong yang terbesar yang mempunyai empat bangunan mempunyai pelbagai jenis produk. Pengunjung boleh membeli secara borong dan urusan membawa pulang barangan akan dibantu oleh agen dan wakil kami disana.Kami juga menawarkan usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan borong boleh menyertai kami dengan harga bermula dari RM1,800 seorang. Kami akan membawa untuk mencari produk yang dikehendaki serta membantu dalam urusan membawa pulang barangan tersebut. Disamping itu kami juga akan membawa untuk melawat ke lokasi-lokasi bersejarah dan menarik di sekitar Yiwu.

Kami membuka ruang untuk pelanggan untuk memilih destinasi yang ingin dikunjungi kerana kadar harga pengurusan penginapan,makan minum serta sessi lawatan di negara China bermula dari RM250 seorang dan ianya tidak termasuk tiket penerbangan.Barangan yang diperdagangkan di sana juga pada harga yang jauh lebih murah berbnading di serata dunia dan ini boleh setiap pengunjung mengambil peluang untuk berniaga. Peniaga mahupun usahawan juga boleh mengembangkan perniagaan dengan mengimport barangan dari China kerana kadar harga borong yang ditawarkan sememangnya pasti menguntungkan.

Sekiranya anda berminat menyertai kami dalam melancong ataupun berurusan di negeri China boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di talian 03-3348 8130/8131 atau boleh datang terus ke pejabat urusan kami di No.11A, Lorong Kasawari 4, Taman Eng Ann, 41150 Klang, Selangor. Segala pertanyaan juga boleh melalui email marimaricuti@yahoo.com.

Antara restoran muslim yang dikunjungi.

Menu Halal yang dihidangkan.

Antara kumpulan yang mengikuti pakej kami.

1 comment:

  1. Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Huangdao , dengan taman yang terletak di Huangdao adalah taman yang indah di sekeliling teluk Tang Dao Wan, yang menjadi tempat rekreasi keluarga, piknik, bersepeda dan pertemuan.
    Saya mencoba menulis blog tentang hal ini, semoga anda juga suka blog di di http://stenote-berkata.blogspot.com/2018/07/huangdao-di-musim-panas.html

    ReplyDelete