Thursday, February 11, 2010

Batam & Makassar Destinasi Baru Indonesia

Mencari pakej pelancongan yang selesa pada harga yang menarik? LV Travel & Tours Sdn Bhd, menawarkan pakej pelancongan yang selesa pada kadar harga yang paling menarik dimasa ini. Pelbagai pilihan destinasi dalam atau luar negara dengan segala aktiviti lawatan, makanan dan tempat tinggal serta servis perkhidmatan yang diberikan pasti tidak akan mengecewakan. LV Travel & Tour adalah sebuah syarikat tempatan yang mementingkan kepuasan pelanggan dalam memilih pakej-pakej pelancongan yang dikelolakan oleh syarikat ini. Anda akan mendapat khidmat rundingan serta nasihat profesional dari pegawai khidmat pelanggan mengenai destinasi ataupun pakej pelancongan yang ditawarkan. Pelanggan boleh meminta susun atur jadual perjalanan mengikut kesesuaian masa sendiri dan tidak perlu mengikut jadul perjalanan berkumpulan. Pihak syarikat juga akan menghantar seorang wakil(tour leader) untuk membantu pelanggan yang ingin melancong dalam bentuk berkumpulan bagi memastikan segala urusan berjalan lancar dan selamat.

Mari-Mari Cuti adalah satu produk pakej pelancongan muslim yang diperkenalkan oleh syarikat ini yang mana berjaya menarik minat ramai pelanggan beragama islam untuk pergi melancong terutama destinasi dalam zon asia tenggara. Pelanggan tidak lagi perlu risau tentang makanan halal sekiranya mengikuti pakej muslim ini kerana agen-agen tempatan yang telah dilantik oleh syarikat ini adalah yang berpengalaman dan berwibawa dalam memilih restoran makanan bagi menjamu pelancong-pelancong islam.
Pemandu-pemandu pelancong yang terlatih dan berpengalaman serta boleh bertutur pelbagai bahasa juga disediakan oleh kami. Mereka juga arif tentang tempat-tempat lawatan, tempat tumpuan membeli-belah, restoran halal dan juga dewan solat untuk keselesaan dan setiap pelancong yang menyertai pakej ini.Pelanggan juga boleh berbincang dan mendapat nasihat tentang jadual waktu lawatan daripada pemandu-pemandu pelancong kami bagi mendapatkan kepuasan semasa sessi lawatan.

Pakej Mari-Mari Cuti Indonesia mempunyai destinasi yang sedia ada seperti Banda Acheh, Medan, Padang, Jakarta, Bandung, Jogjakarta, Surabaya dan Bali yang dapat menarik minat ramai pelancong ke tempat-tempat yang menarik disana.Oleh kerana sambutan hangat pelancong ke Indonesia kami ingin memperkenalkan dua destinasi baru pada tahun ini iaitu Pulau Batam dan juga Makassar .Pulau Batam atau lebih dikenali dengan panggilan Batam sememangnya sudah dikenali oleh warga Johor kerana ianya terletak berhampiran dengan Singapura, namun Batam adalah dibawah pemerintahan kerajaan Indonesia. Pelancong boleh menariki feri dari jeti Stulang atau penerbangan Fireflyz dari Subang dengan kekerapan penerbangan tiga kali seminggu.Penggemar sukan golf dan kaki shopping pasti akan merasakan puas dan seronok kerana Batam menyediakan padang golf bertaraf antarabangsa dan juga kawasan membeli belah yang ternama seperti Nagoya atau dikenali sebagai China Town Batam dan juga POLO Shop.Penat lelah bermain golf dan juga membeli-belah para pelancong boleh menjalani rawatan spa yang eksklusif yang banyak terdapat di Pulau Batam ini.Beberapa lokasi menarik dan bersejarah di Batam adalah seperti jambatan yang terkenal di Pulau Batam “ Fisabilillah Barelang Bridge”dan “Mesjid Raya” serta beberapa lagi kawasan peninggalan sejarah. Kek lapis Batam sememangnya cukup terkenal dan pelancong pasti akan tertarik melihat proses pembuatan kek lapis ini di Authentic Baker’s Centre (ABC). Bagi penggemar makanan, menu makanan di Batam ini adalah makanan laut yang segar dan boleh didapati di mana sahaja dengan harga jauh lebih murah dari harga di Malaysia.

Makassar, sebuah bandar pelabuhan diselatan Sulawesi yang penuh dengan sejarah dan kebudayaan etnik. Pemandangan cantik sewaktu matahari terbit dan terbenam juga menarik minat ramai pasangan yang suka dengan suasana romantik ini bercuti disana. Penerbangan tambang murah Air Asia empat kali seminggu akan membawa ke sana pada setiap hari Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat. Anda akan terpegun melihat kebudayaan etnik masyarakat disana yang masih lagi mengikut adat resam peninggalan nenek moyang mereka.Seperti yang kita ketahui kalau di Padang dan Bukit Tinggi dikenali sebagai “Tanah Minang”, Jogjakarta sebagai “Tanah Jawa” dan Makassar ini juga dikenali sebagai “Tanah Bugis”. Sejarah lalu menunjukkan bahawa pelayar dan pedagang rempah dari Makassar ini yang telah datang dan berdagang di Tanah Melayu dan mula berkahwin dengan rakyat melayu Malaysia.Oleh itu ramai orang Malaysia yang mempunyai susur galur keturunan bugis ini dan mereka mula mengesan saudara mara mereka yang masih ada di Makassar. Antara lokasi-lokasi lawatan yang menjadi tarikan pelancong adalah seperti Bantimurung, Losari Beach, Masjid Al Markaz Al Islami, Masjid Tua Katangka, Mausoleum Syeikh Yusuf, Muzium Balla Lompoa, Sengkang, Batutumonga, Bira Beach, Tanah Beru, Ammatoa, Gunung Bambapuang dan juga yang paling terkenal Tana Toraja.

Tana Toraja lebih dikenali sebagai kampong Kete Kesu atau perkuburan Londa. Keunikan dalam kebudayaan mereka ini adalah membuat rumah seperti bentuk kapal yang dipanggil sebagai Toraja sememangnya tidak terdapat dimana-mana lain negara diAsia tenggara ini. Seperkara yang membuatkan mereka ini unik adalah walaupun mereka yang majoritinya menganut kristian namun cara mereka mengkuburkan mayat-mayat didalam kalangan mereka adalah dengan menggantungkan keranda didinding gua dan membuatkan replika kayu seperti simati sebagai tanda peringatan kepada keluarga dan mereka percaya semangat roh mereka yang mati akan menjaga kesejahteraan tanah milik keluarga mereka itu.


Sedikit sebanyak informasi yang kami sediakan kepada pembaca yang bercadang untuk bercuti pada hujung tahun ini, dan disarankan agar dapat merancang percutian anda dengan lebih awal kerana musim cuti sekolah akan menjelang tiba.Segala khidmat nasihat atau pertanyaan boleh diajukan di talian 03-3348 8130/8131 atau emel marimaricuti@yahoo.com. Pegawai khidmat pelanggan kami akan sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat dengan percuma.

Oleh: Mohd Faizal M.R

No comments:

Post a Comment