Wednesday, June 17, 2009

4D3N Jakarta Bandung 5 - 8 Jun 09

4H3M Jakarta - Sari Ater - Bandung
Tarikh : 5-8 Jun 09
Jumlah Peserta :86 orang
Penerbangan : KLM
Leader : Mohd Faizal Mohamad Ramlan

Hari 01 ~ Tepat jam 1.00 petang setibanya kami di KLIA, saya terus ke kaunter pendaftaran KLM untuk menguruskan pendaftaran masuk peserta-peserta seramai 86 orang . Dengan persediaan awal kami telah berjaya mendaftar semua peserta masuk dengan lancar. Jam 3.30 petang pintu pesawat KL809 Kuala Lumpur ke Jakarta mula dibuka untuk penumpang-penumpang menaiki pesawat. Pesawat 777-300 mula bergerak meninggalkan terminal tepat jam 4.15 petang dan berlepas ke Jakarta meninggalkan Kuala Lumpur. Cuaca petang itu cerah dan penerbangan begitu lancar serta layanan mesra anak-anak kapal dapat menghilangkan gemuruh penumpang-penumpang yang baru pertama kali menaiki pesawat. Pesawat 777-300 juga lebih luas dan selesa dan dilengkapi dengan monitor kecil disetiap tempat duduk dapat menghilangkan rasa ketidakselesaan semasa udara (mabuk). Penerbangan mengambil masa hampir 2 jam dan pesawat kami telah mendarat tepat jam 5.15 petang waktu Indonesia barat. Syukur rasanya penerbangan kami telah selamat tiba di Seokarno Hatta Airport di bandaraya Jakarta. Setelah urusan imigresen dan pemeriksaan kastam selesai kami telah berkumpul dan disambut oleh wakil-wakil agen dan pemandu-pemandu pelancong yang begitu ramah yang telah menunggu kami dipintu keluar lapangan terbang. Jam menunjukkan 6.30 petang waktu Indonesia barat namun keadaannya seperti sudah jam 8 malam di Malaysia.

Dua buah bas digunakan untuk kumpulan kami dan dibawa terus bandaraya Jakarta untuk makan malam. Dalam perjalanan kami telah dibawa untuk melihat beberapa monument dan mercu tanda bandaraya Jakarta seperti pancutan airpancut, Monas dan beberapa lagi monument yang terletak di jalan Sudirman. Untuk makan malam kami telah dibawa ke sebuah restoren nasi padang yang terkenal "Selero Jumbo" kerana rasa letih dan lapar peserta-peserta kami begitu berselera menikmati makanan nasi padang yang disajikan di restoren ini.Setelah selesai makan malam kami terus bergerak ke sebuah tempat bernama Subang kerana disanalah tempat hotel kami akan bermalam.
Kami akan menginap di Sari Ater Resort, sebuah resort yang mempunyai kolam air panas semulajadi yang terkenal di Indonesia. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk tiba ke destinasi tersebut. Setiba di Sari Ater Resort, urusan bilik telah disediakan dan begitu lancar sekali peserta-peserta dapat masuk kebilik dan terus berehat. Kolam air panas di resort ini dibuka 24jam dan saya bersama beberapa peserta tidak melepaskan peluang untuk mandi sehinggakan tidak menyedari waktu telah bergerak begitu pantas dan kedengaran laungan azan subuh berkumandang menunjukkan waktu 5.30pagi. Ini kerana walaupun dinihari masih lagi ramai yang mandi dikolam air panas tersebut.Kami tidak dapat merakamkan gambar-gambar sewaktu dikolam kerana tidak mahu mengganggu sensitiviti pengunjung-pengunjung lain pada waktu itu. Setelah mandi, kami pulang ke bilik untuk solat subuh dan merehatkan badan dan sempat melenakan mata sehingga jam 7.00 pagi.


Hari 02 ~ Jam 8.00 pagi peserta-peserta mula check out dan bersarapan pagi di Kinmanis Coffee House yang berada didalam kawasan hotel Sari Ater ini. Servis dan layanan yang diberikan oleh kakitangan Sari Ater Resort begitu baik sekali dan kami amat berpuas hati. Jam 9.00 pagi kami dibawa ke pekan Subang untuk menghadiri satu upacara majlis perkahwinan adat Sunda yang mana tidak mungkin dapat disaksikan secara "live" pada bila-bila masa. Peluang ini kita bawakan kepada peserta atas kerjasama dari Tn Hj Roslee Abd Hamid. Kami mengucapkan terima kasih diatas layanan yang amat baik sewaktu di majlis tersebut. Setelah selesai majlis tersebut kami terus dibawa ke satu tempat yang begitu terkenal dengan kawah gunung berapi.


Gunung Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di provinsi Jawa Barat, Indonesia. Sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung, dengan rimbun pohon pinus dan hamparan kebun teh di sekitarnya, gunung Tangkuban Parahu mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter. Bentuk gunung ini adalah Stratovulcano dengan pusat erupsi yang berpindah dari timur ke barat. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan adalah sulfur belerang, mineral yang dikeluarkan saat gunung tidak aktif adalah uap belerang. Daerah Gunung Tangkuban Perahu dikelola oleh Perum Perhutanan. Suhu rata-rata hariannya adalah 17oC pada siang hari dan 2 oC pada malam hari.
Setelah merasa kedinginan dalam menimba pengalaman melihat sebuah kawah gunung berapi, kami pun mula bergerak menuju ke bandar Bandung. Para peserta sudah tidak sabar lagi kerana mood untuk shopping telah mula dirasai. Ianya mengambil masa lebih kurang sejam setengah dalam menempuhi kesesakan jalanraya dihujung minggu sekitar bandar Bandung. Destinasi membeli-belah yang pertama dalam jadual kami adalah ke sekitar Jalan Dago yang mana menempatkan banyak butik yang dipanggil "factory outlet". Rombongan kami dibawa kesebuah butik yang terkenal iaitu GRANDE dimana sebuah butik pakaian dan perhiasan diri untuk lelaki,wanita mahupun kanak-kanak. Jenama-jenama yang dijual didalam butik ini adalah seperti Cristian Dior, Channel, Gucci, Tommy, Elle dan banyak lagi jenama lain. Harga-harganya pun lebih murah jika dibandingkan dengan yang dijual di Malaysia. Kami menghabiskan masa hampir 2jam didalam butik ini.



Selesai membeli belah dibutik GRANDE itu kami dibawa makan malam di KARAMBA Restoran ,sebuah restoran makanan yang menyajikan makanan Sunda. Para peserta sememangnya sudah keletihan dan lapar kerana makan tengahari adalah lebih awal pada sebelumnya. Mereka begitu berselera dengan makanan yang disajikan dan amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan.Selesai makan malam, kami dibawa terus ke hotel Perdana Wisata untuk bermalam. Setiba dihotel para peserta sudah tidak sabar untuk ke bilik masing-masing berehat kerana keletihan.

Hari 03 ~ Jam 8.00 pg semua peserta bersarapan pagi di coffee house hotel. Kelihatan setiap peserta segar dan ceria kerana mendapat rehat yang cukup dan ingin memulakan perjalanan shopping sepanjang hari pada hari ini.



Tepat jam 9.30 kami mula bergerak menuju ke Jalan Cihampelas. Disini adalah kawasan tumpuan yang mana pelbagai jenis barangan boleh didapati disini seperti bag,pakaian,jeans,kasut,perhiasan dan macam-macam lagi. Kepada mereka yang terkenal sebagai "kaki shopping" pasti menjadi tidak keruan melihat harga yang ditawarkan.

Sememangnya kalau tidak penuh tangan membawa barangan adalah seperti ada yang tidak kena. kami telah menghabiskan masa hampir 3jam disini.Akhirnya bila perut dah mula terasa lapar kami pun beredar untuk menjamu selera disebuah lagi restoran nasi padang yang terkenal didalam kawasan bandar Bandung.Restoran Simpang Raya menyajikan makanan padang yang sememangnya terkenal di Indonesia.

Selesai makan tengahari para peserta dibawa ke kompleks membeli belah Pasar Baru.Tanpa membuang masa para peserta terus mengorak langkah untuk masuk kedalam kompleks ini. Dengan sekelip mata saya kehilangan para peserta saya kerana mereka telah berpecah dengan sendirinya namun sebelum itu kami telah berpesan pada mereka untuk berkumpul semula pada jam 4 petang. Sememangnya Bandung adalah pusat membeli belah yang terkemuka kerana pelbagai barangan terdapat disini dan harga yang ditawarkan juga amat menarik.

Selesai di Pasar Baru kami dibawa ke Herritage Butik di Jalan Riau untuk barangan "factory outlet". Sekiranya dibawa wang selori pun saya rasa boleh habis kerana disetiap tempat ada sahaja barangan yang boleh dibeli. Ini kerana tawaran harganya membuatkan kita akan membeli barangan tersebut.

Seterusnya kami di bawa ke sebuah restoran makanan melayu yang di beri nama Rumah Melayu. Para peserta amat gembira kerana dapat juga makan makanan melayu yang mereka sudah tidak jamah dalam masa 3 hari ini. Dalam waktu yang sama kami juga telah menyusunkan satu program kejutan untuk majlis harijadi kepada salah seorang peserta kami yang mana hari lahirnya pada hari itu. Para peserta amat gembira dan berpuashati pada hari itu walaupun sedikit meletihkan. Selepas selesai makan makan kami pun bergerak pulang ke hotel untuk berehat.


Hari 04 ~ Pagi ini kami bersarapan dan bersiap sedia check out dari hotel kerana penerbangan pulang ke Malaysia melalui Jakarta pada jam 6.15 petang. Kami bertolak ke Jakarta setelah selesai segala urusan lebih kurang jam 9.30pagi. Perjalanan kami melalui lebuhraya mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Hujan lebat telah menyambut ketibaan kami di bandar Jakarta pada hari itu. Keadaan jalan yang sibuk dan kenderaan bergerak amat perlahan namun kami telah tiba untuk makan tengahari direstoran Sari Minang yang menyajikan makanan padang. Setelah kami selesai makan tengahari, tanpa berlengah kami bergerak ke perhentian yang terakhir sebelum ke lapangan terbang untuk pulang. Kami singgah di ITC Mangga Dua yang cukup terkenal dibandaraya Jakarta ini. Persinggahan terakhir ini sememangnya tidak dilepaskan oleh para peserta untuk membeli barangan yang belum sempat dibeli. Rata-rata para peserta memang cukup berpuas hati kerana dapat membeli belah dengan rasa yang amat puas sekali.Banyak barangan yang mereka dapat bawa pulang untuk diri sendiri mahupun keluarga dan sahabat handai. Kami bergerak kelapangan terbang tepat jam 3.30petang untuk penerbangan pulang. Kami selamat tiba di lapangan terbang pada jam 5.00petang kerana keadaan jalan yang sesak semasa menuju kesini. Urusan pendaftaran masuk selesai dan kami berangkat pulang ke tanah air tepat jam 6.15petang dengan penerbangan KLM.

Tuesday, March 31, 2009

Artikel Akhbar Kosmo





Mari-mari cuti LV Travel
Oleh ZAMRI RAMBLIzamri.rambli@kosmo.com.my


Berlibur ke kota percutian idaman, adakalanya faktor makanan halal sering menjadi masalah. Di LV Travel and Tours ia bukan isu dengan pakej Muslim mereka.
TIADA siapa menafikan pengenalan penerbangan tambang murah oleh beberapa buah syarikat penerbangan telah melonjakkan industri pelancongan dunia. Di kalangan rakyat Malaysia, kehangatan berlibur begitu jelas terarah ke kota-kota percutian negara serantau seperti Bali, Bandung, Yogyakarta, Bangkok, Phuket, Hanoi dan Chiang Mai.
Tidak ketinggalan apabila tiket penerbangan tambang murah memanjangkan sayapnya ke China dan Australia. Destinasi-destinasi percutian di sana turut termasuk dalam senarai percutian yang mampu dikunjungi ramai.
Kemeriahan industri pelancongan serantau itu turut menyemarakkan jumlah syarikat atau ejen pelancongan di dalam negara. Namun, dalam keghairahan tersebut, penting untuk memilih ejen pelancongan yang betul dalam memastikan anda tiba ke tempat yang diingini selain mendapat perkhidmatan yang berkualiti.
Antara ejen pelancongan yang mempunyai kredibiliti tersendiri dalam menguruskan kaki-kaki cuti ke destinasi percutian serantau ialah LV Travel and Tours Sdn. Bhd. Dengan tema promosi Mari-mari Cuti, syarikat pelancongan itu mengendalikan percutian antara 500 hingga 700 orang seminggu.
GERAI LV Travel and Tours pada Pesta Umrah dan Pelancongan Muslim MATTA Antarabangsa, Selangor baru-baru ini.

Angka itu menjadi bukti kredibilti LT Travel and Tours dan kepercayaan serta kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Menurut Eksekutif Jualan LV Travel and Tours, Heng Eng Ling, agensi itu mula beroperasi sejak lima tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, kehangatan percutian serantau menyebabkan syarikat tersebut memperkenalkan pakej Muslim sejak dua tahun lepas.
"Sambutan yang kami terima sangat menggalakkan. Dengan kempen promosi Mari-mari Cuti, kami mendapat ramai pelanggan yang kembali menggunakan khidmat kami untuk percutian seterusnya," ujar beliau.
Sementara itu, Eksekutif Pelancongan Bahagian Muslim, Mas Ryna Nazir memberitahu, syarikat tersebut menawarkan pelbagai produk percutian Muslim menarik dengan fokus di kota-kota percutian di Indonesia.
Ketika ditemui di Pesta Umrah dan Pelancongan Muslim MATTA Antarabangsa Selangor di Shah Alam baru-baru ini, beliau menjelaskan, LV Travel and Tours turut mengendalikan percutian Muslim ke China, Vietnam, Thailand dan Kemboja.
"Indonesia dan China adalah antara pakej-pakej yang menjadi kekuatan LV Travel and Tours. Kita mempunyai kerjasama yang rapat dengan wakil-wakil di sana.
"Bayangkan untuk pesta pelancongan Muslim di sini, beberapa wakil daripada badan promosi Yogyakarta juga turun dan berkampung di gerai pameran kami. Dengan adanya wakil dari Yogyakarta, mereka yang berminat ke sana boleh mendapat penerangan yang lebih jelas mengenai aktiviti berlibur di sana.
"Bahkan, apa yang lebih menarik dengan adanya wakil terus dari Yogyakarta, pengunjung boleh mendapat harga yang lebih murah," katanya yang mengakui antara destinasi percutian paling mendapat sambutan ialah Jakarta dan Bandung.









BERLIBUR ke Kota Jakarta menjadi lebih mudah
dan teratur dengan pakej LV Travel and Tours.
Menyentuh mengenai pakej percutian murah yang diberikan kepada orang ramai, ujar Mas Ryna, perkara itu sememangnya menjadi salah satu daripada matlamat LV Travel and Tours.
Antara kelebihan perkhidmatan agensi itu ialah jika agensi lain mengumpulkan sehingga 15 atau 20 orang sebelum boleh memulakan percutian, di LV Travel and Tours, empat orang sudah memadai.
"Ramai orang merungut sebab kadangkala meereka terpaksa menangguhkan percutian sebab ejen pelancongan ingin memenuhi kuota pelanggan. Dengan kami, kalau sudah cukup empat orang, anda boleh berlepas untuk bercuti," katanya sambil mengakui antara fokus pakej syarikat itu ialah famili atau berkumpulan.
Menjelaskan mengenai pakej Muslim, terang Mas Ryna, antara kelebihan menggunakan perkhidmatan itu ialah pihaknya memastikan pelancong mendapat makanan yang halal, selain tidak mengabaikan solat.
"Ada destinasi-destinasi tertentu yang agak susah untuk mendapatkan makanan halal, tetapi dengan wakil kita yang memang sudah arif, ia bukan satu masalah lagi. Bahkan, kita juga memastikan dalam percutian itu rombongan dapat singgah di masjid atau lokasi bersesuaian untuk bersembahyang," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Badan Promosi Pariwisata Kota Yogyakarta, Ferry Astono yang ditemu bual di gerai pameran LV Travel and Tours memberitahu, pihaknya sentiasa membuat promosi di Malaysia terutama setiap kali diadakan Pesta MATTA.
"Selalunya kami tawarkan harga istimewa bila dapat datang membuat promosi ke Malaysia," katanya.

Monday, March 23, 2009

MARI MARI CUTI - SELAMAT DATANG


LV Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat agensi pelancongan tempatan yang sinonim dengan motto MARI-MARI CUTI,beroperasi di Taman Eng Ann yang terletak didalam Bandar Diraja Klang.Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 2005 dan diasaskan oleh sekumpulan usahawan muda yang diketuai oleh pengarah urusan saudara Tn Hj Roslee Abd Hamid 40, bersama rakan-rakan yang terdiri dari warga tempatan yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan di dalam negara ini. Kumpulan ini yang berwawasan jauh kehadapan,mempunyai impian yang tinggi , serta berdedikasi dan bersikap profesional dalam usaha yang gigih untuk memajukan industri pelancongan di rantau ini.Menyediakan kemudahan pakej produk yang selesa dalam lingkungan perbelanjaan para pelanggan kami tidak kira pelancong tempatan mahupun pelancong luar.Pelanggan juga akan mendapatkan potongan diskaun yang hebat dan juga kemudahan yang menarik semasa menginap di hotel atau resort yang terpilih. Mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan yang menarik didalam negara juga destinasi-destinasi luar negara seperti Indonesia,Thailand, Singapura, Vietnam dan China. Kami menawarkan produk yang mesra pelanggan agar pengalaman melancong mereka bersama dengan agnsi kami menjadi satu pengalaman yang terbaik,selamat dan sentiasa tersemat dalam kenangan mereka. Memfokuskan pakej Halal Muslim dibawah label MariMariCuti yang sinonim dengan pakej Indonesia dengan harga berpatutan. Kami menyediakan khidmat runding cara bagi mereka yang ingin menyusun jadual percutian mereka mengikut kesesuaian dan permintaan dari mereka agar mereka akan sentiasa berpuas hati dengan apa yang mereka belanjakan. Pelanggan yang diterima juga terdiri dari semua lapisan sama ada orang perseorangan,ahli keluarga, badan korporat, kelab sukan dan rekreasi mahupun Jabatan kerajaan tidak kira dimana berada utara atau selatan tanahair termasuk juga dari Sabah dan Sarawak mahupun pelanggan diperingkat antarabangsa. Kami bertindak secara professional dan memberikan komitmen yang bersungguh dalam layanan yang penuh mesra terhadap para pelanggan kami agar mereka sentiasa berpuas hati menerima khidmat efissen yang kami janjikan pada mereka. Kami juga bertindak sebagai Perunding Perancang Percutian yang menawarkan khidmat yang professional dan efisen dalam membantu pelanggan dalam mendapatkan khidmat yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.Pakej-pakej yang kami tawarkan sekarang adalah MARI-MARI CUTI INDONESIA yang mana merangkumi destinasi membeli belah paling popular seperti Jakarta dan Bandung,Istana zaman silam dan Borobudur di Jogjakarta dan Solo, santai di Pulau Bali,Medan melihat Danau Toba dan Padang dengan kebudayaan minangkabau. Destinasi terkini Mari Mari Cuti Indonesia adalah Banda Aceh, Pekan Baru, Surabaya, Makassar dan Manado yang menawarkan pakej-pakej yang menarik. MARI-MARI CUTI THAILAND membawa anda ke negara "gajah putih" melawat Bangkok,Chiangmai,Phuket dan banyak lagi destinasi yang menawan. MARI-MARI CUTI VIETNAM akan membawa anda ke negara bekas peninggalan perang Amerika yang terkenal di Bandar Ho Chi Minh (Saigon),Hanoi dan pantai yang indah di Halong Bay. MARI-MARI CUTI CAMBODIA akan ke Pnom Penh dan Siem Reap yang mana Angkor Watt sebagai tarikan. MARI-MARI CUTI HONG KONG pula akan membawa and ke destinasi membeli belah dibeberapa tempat yang terkenal disana yang paling menarik adalah pakej ke Disneyland yang mana akan menjadi kenangan seumur hidup buat semua kanak-kanak. Banyak lagi pakej dan destinasi akan diperkenalkan seperti Pakej Golf, Pakej Memancing, Pakej Adventure, Pakej Honeymoon dan macam-macam lagi. Destinasi dalam negara juga akan dinaiktaraf bagi kepuasan pelanggan.Akhir kata, sekiranya anda terfikir untuk pergi bercuti sila hubungi kami untuk khidmat nasihat yang percuma yang akan diberikan oleh pegawai-pegawai kami. So apa tunggu lagi... mari la.. MARI-MARI CUTI!!