Tuesday, September 7, 2010

Kepuasan Peserta Kebanggan Kami - Utusan Malaysia 7 Sep 2010

Artikel Utusan Malaysia bertarikh 7 Sep 2010....
Testimoni penuh dari peserta yang telah menyertai pakej ini...
Testimoni 1... Pn Rohana Abd Hamid - Salak Tinggi
GUANGZHAO MENAWARKAN PELUANG PERNIAGAAN
YANG LUAS

Oleh
Hajjah Rohana Abdul Hamid
http://kakanaskitchen.blogspot.com/
Keinginan yang kuat untuk berniaga sudah lama ada dalam diri ini. Tak mengapalah bermula secara kecil-kecilan dulu. Apabila terbaca Pakej Pemborong China ke Guangzhao di dada suratkhabar yang ditawarkan oleh LV Travel & Tours Sdn Bhd (LVTT), kesempatan ini tak mahu dilepaskan. Tambahan pula, harga pakej yang ditawarkan menarik dan berpatutan. Kemesraan pegawai-pegawai syarikat LVTT yang sanggup datang sampai ke rumah memberi perkhidmatan memudahkan urusan. Perbincangan yang terperinci dijalankan antara perserta pakej dan LVTT. Maklumlah, pakej ini bukan untuk melancong tapi untuk berniaga. Yang nak pergi ni pun bukan taukeh besar pun. Kenalah jelaskan pada LVTT jenis perniagaan dan barangan apa yang nak dicari. Apatah lagi kebanyakan perserta baru kali pertama ke sana. Gambaran sebenar Guangzhaou sudah tentu amat minimum.

Memilih Barangan Digital Di Shenzhen

Sebelum ke Guangzhao, destinasi pertama ialah ke Bandaraya Shenzhen. Shenzhen lebih dikenali sebagai Bandaraya Digital. Bagi yang berhajat untuk mencari barangan digital, Shenzenlah tempatnya. Kompleks pasaraya borongnya banyak dan besar-besar belaka. Komplek Hua Qiang Bei Wiring City antara destinasi pilihan. Di sini barangan digital dan gajet seperti komputer, kamera, telepon bimbit dan sebagainya amat banyak dan pelbagai. Yang pertama kali datang memang rambang mata dibuatnya. Sehari rasa tak puas untuk meninjau dan memilih barang yang berkenan di hati. Kalau tak memborong, sekurang-kurangnya buah tangan untuk kegunaan sendiri pasti dibawa balik.
Bandar raya Shenzhen menawarkan barangan digital yang menarik
dengan harga yang berpatutan
Memborong Di Guangzhao

Gedung memborong di Guangzhao memang banyak dan terletak di beberapa lokasi. Walaubagaimana pun, kerja jadi mudah bila barangan yang nak dicari telah dimaklumkan kepada LVTT lebih awal. Sebagai ’home baker’, gedung menjual barangan dan peralatan membuat kek dan coklat destinasi pertama yang dituju. Gedung menjual peralatan kek dan coklat di Guangzhao menjadi tumpuan terutama di kalangan pengusaha khidmat katering, syarikat perhotelan maupun restoran. Berbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia datang memborong barangan di sini. Kualiti barangannya tinggi dan banyak pilihan. Layanan dari para peniaga amat mesra walaupun kadang-kadang bahasa untuk berkomunikasi menimbulkan sedikit masalah. Skil tawar menawar perlu ada untuk memborong di Guangzhao. Peniaga China ni selalunya akan meletakkan harga mula yang amat tinggi. Kena pandai menawar dan buat sedikit ’homework’ berkaitan harga semasa di tanah air.

Selain barangan dan peralatan kek dan coklat, naluri seorang wanita sudah tentu tidak dapat tidak akan ke gedung menjual beg tangan dan tekstil. Antara gedung-gedung yang menjual barangan ini temasuklah : Wang Ning Wholesale Market; Liu Hua Clothes Market; Shang Xia Lu dan banyak lagi.
Menyusuri Sungai Guangzhao

Setelah penat memborong, group kami ditawarkan pakej menyusuri Sungai Guangzhao waktu malam. Dengan menaiki boat besar dua tingkat, pelancong akan dapat menikmati pemandangan Bandaraya Guangzhao yang amat mempesonakan. Sinaran lampu aneka warna dari bangunan-bangunan pencakar langit di tebing sungai menyerikan Sungai Guangzhao. Penyusuran sungai yang mengambil masa hampir sejam dirasakan sekejap. Di dalam boat juga dihidangkan persembahan tarian dan nyanyian untuk tontonan pelancong. Keadaannya sungguh meriah dan menghiburkan.

Makanan Muslim Yang Enak

Bila tiba time makan, tourist guide akan bawa kami ke restoran Islam yang amat sedikit terdapat di Guangzhao. Yalah, penduduk Islam katanya lebih kurang 200,000 orang aje daripada 8 juta penduduknya. Kena beberapa kali pusing bandaraya baru nak jumpa. Restoran yang paling diingati ialah Restoran Abdullah. Mungkin namanya kot. Lauk pauk yang dihidang memang sedap dan banyak. Problemnya, ramai pemborong dalam group kami ni tak tau guna chop stick. Kelam kabut lah pelayan restoran nak cari sudu dan garpu. Mungkin alat ni amat jarang digunakan pelanggan di sini. Pinggan nasi pulak kecil. Tak apelah, janji masing-masing boleh soru dan perut kenyang. Pihak restoran juga ada menyediakan sejadah untuk solat di bilik khas atau ruang-ruang yang bersih dalam restoran. Maklumlah nak cari masjid atau surau cukup susah di Guangzhao.

Makanan Islam yang enak di Guangzhao
Khidmat Kargo Disediakan

Hari terakhir kami akan melibatkan kerja-kerja pembungkusan barangan yang telah diborong. Kotak dan tape telah disediakan oleh pihak LVTT lebih awal memudahkan kerja. Kotak-kotak yang telah dibungkus rapi akan dihantar ke syarikat kargo untuk penghantaran melalui laut ke tanah air. Syarikat kargo juga menyediakan pembungkusan tambahan yang lebih kukuh demi menjamin keselamatan barangan dengan caj yang murah. Selalunya, jangkamasa penghantaran barangan oleh syarikat kargo hingga ke depan rumah para pemborong akan mengambil masa antara 10 dan 14 hari sahaja.

Kerja-kerja pemeriksaan akhir sebelum penghantaran kargo melalui laut

Potensi Perniagaan Yang Luas

Sambutan pelanggan terhadap barangan dari Guangzhao amat menggalakkan sebaik sahaja dipasarkan di tanah air. Keadaan ini sudah tentu menambahkan keyakinan pada diri ini untuk terus memborong barangan Guangzhao. Dengan pakej perkhidmatan pemborongan oleh LVTT yang efisyen dan memuaskan, sudah tentu akan dapat menarik lebih ramai pemborong tempatan menyertainya. Walaupun, majoriti pemborong menggunakan trip pertama ini sebagai tinjauan awal, namun rata-rata berpendapat potensi dan peluang perniagaan yang ditawarkan di Guangzhao amat luas. Dengan memborong barangan secara terus dari pembekal akan dapat menjimatkan kos dan mengelakkan masalah dan pelbagai kerenah yang ditimbulkan oleh orang tengah. Tambahan pula, ada di antara yang ikut bersama pakej pertama ini telah mempunyai pengalaman berniaga dan memiliki syarikat perniagaan yang sudah ’established’ di tanah air. Tidak kurang juga ada yang berniaga secara kecil-kecilan di pasar-pasar malam. Yang tak pernah berniaga pun ikut sama. Matlamatnya, sudah tentu untuk menghidu peluang perniagaan yang mungkin ada di Guangzhao.

Testimoni 2...Mohamad Rajis Abd Rahman - Ayer Tawar,Perak

Murah, menarik dan mengagumkan..ini yang dapat digambarkan setelah mengikuti pakej pemborong ke Shenzen dan Guangzhou anjuran LV Travel & Tours Sdn Bhd. Bagi yang bukan pemborong pun tidak rugi untuk menyertai pakej ini. Banyak cenderahati yang boleh dibawa pulang ke tanahair. Segala program yang diatur oleh agensi berjalan lancar. Dari hal yang berkaitan dengan urusan jual beli, makan, penginapan, pengangkutan hinggalah urusan telekomunikasi diurus dengan baik..

Walaupun pakej yang ditawarkan adalah untuk tujuan memborong, namun tempat-tempat menarik sekitar Shenzen dan Guangzhou turut dilawati. Contohnya Masjid Tertua, Makam Bapa Saudara Rasulullah S.A.W, Tugu 5 ekor kambing dan menaiki River Cruise yang menyelusuri Terusan Silk.

Bagi peminat barangan elektrik dan elektronik seperti kamera, telefon bimbit, laptop pelbagai jenama...semuanya boleh didapati di Shenzen. Barang-barang yang dijual jauh lebih murah dari barang yang terdapat di Malaysia. Plaza Low Yat hanyalah ibarat seekor semut di tengah sekawan gajah jika nak dibandingkan dengan Shenzen.
diteruskan ke kota metropolitan Guangzhou..Inilah syurga untuk pemborong-pemborong barangan kulit, pakaian, aksesori lelaki dan wanita, batu jed,kain sutera dan pelbagai barangan lagi. Kesemua barangan ini mempunyai kualiti yang hampir setanding dengan barangan berjenama yang terdapat di seluruh dunia. Malahan harga yang ditawarkan jauh lebih murah dan amat berpatutan. Bagi barangan yang dibeli dalam kuantiti yang banyak , pembekal di sana menggunakan konsep beli dan terus dihantar ke hotel walaupun bayaran deposit hanya RM100 malahan barangan bernilai RM10,000 sudah semestinya dihantar terus ke hotel penginapan. Selebihnya bayaran baki dijelaskan di hotel.

Dari segi makanan, tidak perlu diragui kerana setiap restoran yang dikunjungi dimiliki dan diuruskan masyarakat Cina yang beragama Islam.Restoran Abdullah merupakan antara restoran yang sering dikunjungi sehingga terdapat foto pemimpin kita antaranya Pak Lah dan Tuk Guru Nik Aziz. Walaupun populasi penduduk dalam lingkungan 13 juta namun di China, pengangkutan awam begitu banyak,dari motor beroda 3 hingga tahap keretapi elektrik yang bergerak pantas.

Secara keseluruhannya pakej pemborong ini amat menepati kehendak dan matlamat saya ke China sebagai pemborong. Segala masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaik mungkin oleh agen yang mengiringi..Tahniah dan terima kasih kepada pihak LV Travel and Tours kerana menyediakan pakej pemborong Muslim yang amat bermanfaat ini..



Testimoni 3...Tn Hj Mohd Nasri - Kota Bharu, Kelantan


Tuesday, April 6, 2010

Latest Promo April & May




Latest New Promo!!!
Good News for Senior Citizen!!!
Pakej Usahawan!!!
dan Macam-macam lagi.....
CEPAT!!! JANGAN TERLEPAS!!!
pls contact :
017-3508841
03-33488130

Friday, March 19, 2010

Great Deal!!! Medan 699/pax



Great Deal!!!

Malaysia Airline Ticket + Ground Arrangement

only RM699/pax
Hurry!! Short Time Offer !!! Book Now !!! Travel Until December!!!

Don't Miss It!!!

MMC-M699 - 4D/3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
1N -PARAPAT / 1N-BERASTAGI / 1N-MEDAN

DAY 1: ARRIVAL MEDAN - PARAPAT (L/D)
Arrive at Polonia International Airport Medan , greeting service with Tour Guide. Stop at Licenced money changer. Visit Maimoon Palace to see the Palace Of Sulthan Deli which built in 1888. Stop at Batik Shops for buying Batiks , Saroong , Etc. Transfer to local restaurant for lunch. After lunch proceed to Parapat Lake Toba. Enroute stop at Patent Shop for buying local food products named Teng Teng , Ting Ting , Etc. Arrive at Parapat check in to Hotel for accommodation. Dinner at Hotel

DAY 2 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – PARAPAT – BERASTAGI (B,L,D)
After breakfast at Hotel , cruise the Lake Toba by Ferry Boat about 45 minutes for visiting Tomok Village to see the old grave stone of King Sidabutar , continued to visit Ambarita Village to see the old chairs stone and execution place made by King Siallagan. Back to Parapat transfer to local restaurant for lunch. After lunch tour continued to Berastagi. Enroute stop at Simarjarunjung to enjoy Ginger Tea and Pisang Goreng (Personal account). Stop at Sipiso Piso waterfall to see the waterfall about 110 meter and to see the extraordinary view of Lake Toba from Northern. Proceed to Berastagi upon arrival at Berastagi visit Central Fruits Market for buying tropical fruits , vegetables and flowers. Check in to Hotel , dinner at Hotel.

DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
Breakfast at Hotel back to Medan via Sibolangit and Sembahe about 2 hours drive. Arrive in Medan visit Souvenirs and Batik Shops. Lunch at local restaurant. After lunch visit Pasar Ikan Lama (traditional market) and Medan Mall. If you want to do branded shopping we will take you Sun Plaza (Sogo) or Plaza Medan Fair. Afternoon check in to Hotel , dinner at local restaurant or Hotel.

DAY 4 : MEDAN – DEPARTURE (B)
Breakfast at Hotel , then free and easy until transfer to Airport for your next destination. Mari-Mari Cuti with us..


Term & Condition apply
* Muslim Pakage (Halal Meals)
* Min 4* Seat in Coach
* Daily Departure
* Exclude : Personal expenses, Insurance, Tipping RM10/day/pax, Return Airport tax IDR75,000
* pls contact 03-3348 8130
email:marimaricuti@yahoo.com


Thursday, February 18, 2010

Utusan Malaysia Artikel 15 Feb 2010 - Masum Fair


Mari Mari Cuti – MASUM 2010

MASUM 2010 (muslim & umrah travel fair) telah berlangsung pada 15 sehingga 17 Januari yang lalu dan lokasi pada kali ini bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam. Lokasi yang begitu strategik berhampiran dengan pusat bandar Shah Alam dan berdekatan dengan pejabat-pejabat kerajaan, swasta, bank , dan juga pusat membeli belah. Tahniah kepada jawatankuasa penganjur iaitu “Matta Selangor Chapter” kerana telah menganjurkan program kali ini dengan begitu jaya sekali. Masum Fair adalah Pameran Pelancongan Antarabangsa Umrah dan Destinasi Muslim dan bertujuan memperkenalkan pakej-pakej,destinasi atau produk pelancongan yang bercirikan Muslim iaitu pengendalian dan juga makanan yang halal. Ianya bukan setakat makanan malahan didalam jadual perjalanan juga ada diterapkan masa untuk solat dan juga ziarah masjid yang ada di destinasi pelancongan yang ditawarkan. Memandangkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam jadi pasaran adalah begitu luas dan mereka sememangnya mencari pakej atau destinasi yang mudah mencari makanan yang halal.

LV Travel & Tours Sdn Bhd, telah menyertai MASUM Fair pada dua musim berturut-turut iaitu musim 2009 dan 2010. Perbandingan antara tahun 2009 dan 2010 sememangnya jauh bezanya kerana faktor lokasi dan promosi. Walaupun sambutan pada 2009 yang kurang memuaskan, namun berkat inisiatif yang tidak kenal penat dan putus asa kakitangan LV Travel tetap meneruskan perjuangan dan menyertainya pada 2010. Hasilnya amatlah diluar dugaan kerana Masum Fair pada kali ini telah berjaya menarik ramai pengunjung dan ramai yang telah singgah dan berkunjung di gerai pameran LV Travel atau yang lebih dikenali sebagai gerai Mari Mari Cuti. Pengunjung juga berpuas hati dengan tawaran harga yang kami tawarkan dan ramai yang telah mengambil pakej kami. Jualan kami juga meningkat hampir 60% berbanding tahun lalu.Promosi dan iklan kami juga terdapat di Utusan Malaysia, Website syarikat, Blog dan juga Facebook. Kami juga telah menghantar sistem pesanan ringkas(sms) kepada semua data nombor telefon pelanggan yang telah atau pernah mengambil pakej dengan kami.Kami juga telah membawa beberapa agen dari Indonesia seperti Jakarta, Batam dan Jogjakarta dalam membantu kami dalam sessi penerangan kepada pengunjung bagi mendapatkan penerangan yang lebih jelas tentang destinasi yang akan bakal mereka kunjungi.

Promosi yang kami tawarkan adalah seperti “Beli 1 Percuma 1” tiket air asia ke Jakarta, Tiket penerbangan Malaysia Airlines bersama penginapan 3H2M hotel 4* di Medan pada kadar RM499 seorang, tawaran percutian percuma diatas promo “Belian atas Belian”, dan kami juga menawarkan “Pakej Bisnes Pemborong” 5H4M Shenzen+Guangzhou yang akan berlepas pada 22 Mar 2010 pada harga bersih RM1700 seorang, yang mana boleh menjadikan seseorang itu menjadi seorang usahawan pemborong barangan dari China yang berjaya satu hari kelak.Destinasi Indonesia kami menawarkan harga pakej ground untuk 3H2M Batam pada harga RM430 seorang, 4H3M Jogjakarta RM599 seorang dan 4H3M Makassar RM635 seorang.Bagi destinasi China kami menawarkan, 5H4M Beijing pada harga RM1988 seorang bersih dan berlepas pada 27 Mar, 5H4M Shenzen + Guangzhou RM1780 seorang berlepas pada 22 Mar 2010, 6H5M Guilin Merryland pula kami tawarkan bersih RM1588 seorang dan akan berlepas pada May 5,11 & 25. Kami juga menawarkan 3H2M Singapura + Sentosa Island pada harga bersih RM728 seorang dan akan berlepas pada 14 Feb 2010 sempena cuti umum Tahun Baru Cina yang akan datang.Untuk pakej domestik kami menawarkan harga promosi pembukaan bagi pulau-pulau didalam perairan negara seperti 3H2M Pangkor RM199 seorang, 3H2M Langkawi RM245 seorang, 3H2M Redang RM320 seorang, 3H2M Tioman RM345 seorang, 2H1M Rawa RM325 seorang dan 3H2M Perhentian pada harga RM500 seorang.

Pakej-pakej yang kami tawarkan adalah pakej muslim yakni makanan adalah sesungguhnya halal dan harga yang kami tawarkan juga adalah amat berpatutan dan anda boleh bandingkan harga kami. Layanan yang kami berikan juga adalah yang terbaik dan anda boleh membuat aduan kepada khidmat pelanggan kami sekiranya ada kekurangan didalam servis kami ini.Untuk pertanyaan dan mendapatkan pakej diatas ini sila hubungi 03-3348 8130/8131 LV Travel & Tours.


Thursday, February 11, 2010

Pakej Melancong HALAL di China

LV Travel & Tours Sdn Bhd, telah melebarkan sayapnya ke negara China yang sememangnya terkenal dengan destinasi pelancongan yang cantik dan menarik. Ramai warga Malaysia ke China setiap hari sama ada melancong mahupun atas urusan perniagaan. Kami ingin memperkenalkan satu lagi produk Mari Mari Cuti kali ini ke negara China yang mempunyai beberapa destinasi menarik untuk dikunjungi. Ramai pelancong melayu beragama islam dari Malaysia risau dan khuatir tentang mencari makanan halal di negara China namun sekarang ini tidak lagi perlu risau dan merasakan kepayahan untuk mencari makanan halal kerana, wakil-wakil agen yang kami lantik disana sememangnya beragama islam dan mereka juga boleh berbahasa melayu atau Indonesia disamping bahasa Inggeris dengan fasih sekali. Pemandu pelancong juga yang berpengalaman dan kebanyakan mereka yang beragama Islam dan amat faham tentang sensitiviti dalam pemilihan restoran dan makanan bagi pelanggan yang beragama islam. Pelancong akan melancong dengan perasaan hati yang tenang dan gembira.

Mari-Mari Cuti China mempunyai beberapa pakej destinasi yang boleh menarik minat pengunjung untuk ke sana seperti destinasi Beijing,Shenzen,Guangzhou dan Yiwu. Destinasi Beijing adalah ibu negara China yang mempunyai banyak peninggalan sejarah dari awal tahun 221 sebelum masehi sehinggakan ianya menjadi sebuah negara republik yang maju sekarang ini. Pelancong akan dapat melihat dengan lebih dekat kesan-kesan peninggalan sejarah daripada dinasti-dinasti pemerintahan yang terulung di negeri China seperti Dinasti Yuan, Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Pelancong juga akan dibawa melawat dan menziarah Medan Tian An Men, Kota Terlarang, Tembok Besar, Istana Musim Panas, Masjid Nan Dou Ya, Masjid Ma Dian. Destinasi membeli belah akan membawa pelancong ke beberapa tempat menarik seperti Muslim Supermarket, Fresh Water Pearl Center, Wang Fu Jing Shopping Street, Jade and Crystal Shop,Burning Cream Center, Hard Rock CafĂ© Souvenir Shop, Tianya Hong Qiao Market, Yashow Market, Jewelery Shop, Sunny Gold Street dan banyak lagi. Para pelancong juga akan dibawa melawat stadium olimpik “Bird Nest” yang mempunyai reka bentuk unik seperti sarang burung yang cukup terkenal salah satu produk yang berasal dari negara China.


Destinasi Shenzen adalah sebuah kota metropolitan yang terkenal dengan taman tema dan taman hiburan bertaraf dunia seperti “Windows of the World”. Shenzen tidak banyak peninggalan sejarah namun pengunjung akan tertarik dengan pusat-pusat membeli belah yang mempunyai pelbagai jenis pilihan barangan . Pelbagai jenis barangan boleh didapati seperti keperluan diri seperti pakaian ,perhiasan, jam tangan, beg, kasut sehinggakan peralatan elektronik seperti pemain mp3, komputer, telefon bimbit dan banyak lagi. Barangan yang diniagakan juga dari pelbagai jenis jenama yang asli sehinggakan jenama tiruan. Kami menyarankan agar pengunjung dapat tawar menawar harga didalam setiap urusan bagi mendapatkan harga yang terbaik.
Antara lokasi mebeli-belah di Shenzen yang terkenal adalah seperti “Lo Wu Commercial City”, Dong Men Pedestrian Street,Dong Hai Pacific Mall, MixC Shopping Mall, Hua Qiang Bei dan Coco Park. Bagi pengemar makanan pula hidangan tempatan yang terkenal adalah masakan Guandong dan Szechuan.
Pelancong akan dibawa ke beberapa lokasi lawatan seperti Lotus Mountain Park, Dengxiaoping Stature, Red Forest Seaside Park,Yuexiu Park dan beberapa tempat menarik lagi. Pengunjung akan dibawa menziarahi masjid tunggal yang ada di Shenzen iaitu Masjid Shang Meilin untuk melihat budaya islam di negara China berkembang.

Destinasi Guangzhou pula berbeza latarbelakang sejarahnya yang mana dahulunya dikenali sebagai Maritime Silk Road yang mana ianya menghubungkan selatan China dengan India,Asia Tenggara, Timur Tengah dan juga Afrika dalam aktiviti perdagangan sutera pada masa lampau. Ianya juga terkenal dengan pemimpin revolusi seperti Sun Yat Sen, Mao Ze Dong dan Zhou En Lai.Pada tahun 1982, Guangzhou telah tersenarai di dalam dua puluh empat senarai bandar bersejarah yang ada dalam negera China. Sekarang ini ianya menjadi tarikan pelancong kerana beberapa tempat membeli-belah yang menawarkan harga yang amat menarik seperti Guangzhou Donshan, Nangfang, Yong’an, Yide Lu, QingPing, Xinhu Road ,Jiaoyue Road, Mayawang Center, Beijing Road dan Shangxiajiu Shopping Street . Masjid Guangta adalah salah satu daripada empat buah masjid yang terkenal di China terdapat di Guangzhou. Pengunjung juga akan dibawa ke ke Dr Sun Yet-sen Memorial Hall bagi melihat sejarah perjuangan aktivis dinegara itu.

Destinasi Yiwu adalah salah satu destinasi yang paling digemari oleh usahawan atau peniaga mahupun pemborong kerana disini terdapat sebuah pusat pemborong yang terbesar didunia dikenali sebagai Yiwu Wholesale Centre. Ianya menempatkan pelbagai jenis barangan daripada keperluan diri sehingga perhiasan rumah. Barangan ini boleh dibeli secara borong dan harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah daripada biasa. Empat pusat jualan borong yang terkenal di Yiwu adalah Yiwu Huanyuan Market,Yiwu Socks Market,Yiwu Binwang Market dan Yiwu International Trade Market (Yiwu Futian Market). Produk yang terdapat di Yiwu Huanyuan Market adalah seperti skaf,talipinggang, kasut, topi dan sarung tangan. Manakala di Yiwu Socks Market mempunyai produk seperti sarung kaki lelaki dan perempuan, stoking, sarung jari kaki, pemanas kaki dan produk barangan berasaskan tenunan benang.Yiwu Binwang Market terkenal dengan produk seperti talileher,pakaian lelaki, tuala, produk yang mempunya lace dan macam-macam lagi.Yiwu International Trade City Market pula adalah pusat jualan borong yang terbesar yang mempunyai empat bangunan mempunyai pelbagai jenis produk. Pengunjung boleh membeli secara borong dan urusan membawa pulang barangan akan dibantu oleh agen dan wakil kami disana.Kami juga menawarkan usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan borong boleh menyertai kami dengan harga bermula dari RM1,800 seorang. Kami akan membawa untuk mencari produk yang dikehendaki serta membantu dalam urusan membawa pulang barangan tersebut. Disamping itu kami juga akan membawa untuk melawat ke lokasi-lokasi bersejarah dan menarik di sekitar Yiwu.

Kami membuka ruang untuk pelanggan untuk memilih destinasi yang ingin dikunjungi kerana kadar harga pengurusan penginapan,makan minum serta sessi lawatan di negara China bermula dari RM250 seorang dan ianya tidak termasuk tiket penerbangan.Barangan yang diperdagangkan di sana juga pada harga yang jauh lebih murah berbnading di serata dunia dan ini boleh setiap pengunjung mengambil peluang untuk berniaga. Peniaga mahupun usahawan juga boleh mengembangkan perniagaan dengan mengimport barangan dari China kerana kadar harga borong yang ditawarkan sememangnya pasti menguntungkan.

Sekiranya anda berminat menyertai kami dalam melancong ataupun berurusan di negeri China boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di talian 03-3348 8130/8131 atau boleh datang terus ke pejabat urusan kami di No.11A, Lorong Kasawari 4, Taman Eng Ann, 41150 Klang, Selangor. Segala pertanyaan juga boleh melalui email marimaricuti@yahoo.com.

Antara restoran muslim yang dikunjungi.

Menu Halal yang dihidangkan.

Antara kumpulan yang mengikuti pakej kami.

Batam & Makassar Destinasi Baru Indonesia

Mencari pakej pelancongan yang selesa pada harga yang menarik? LV Travel & Tours Sdn Bhd, menawarkan pakej pelancongan yang selesa pada kadar harga yang paling menarik dimasa ini. Pelbagai pilihan destinasi dalam atau luar negara dengan segala aktiviti lawatan, makanan dan tempat tinggal serta servis perkhidmatan yang diberikan pasti tidak akan mengecewakan. LV Travel & Tour adalah sebuah syarikat tempatan yang mementingkan kepuasan pelanggan dalam memilih pakej-pakej pelancongan yang dikelolakan oleh syarikat ini. Anda akan mendapat khidmat rundingan serta nasihat profesional dari pegawai khidmat pelanggan mengenai destinasi ataupun pakej pelancongan yang ditawarkan. Pelanggan boleh meminta susun atur jadual perjalanan mengikut kesesuaian masa sendiri dan tidak perlu mengikut jadul perjalanan berkumpulan. Pihak syarikat juga akan menghantar seorang wakil(tour leader) untuk membantu pelanggan yang ingin melancong dalam bentuk berkumpulan bagi memastikan segala urusan berjalan lancar dan selamat.

Mari-Mari Cuti adalah satu produk pakej pelancongan muslim yang diperkenalkan oleh syarikat ini yang mana berjaya menarik minat ramai pelanggan beragama islam untuk pergi melancong terutama destinasi dalam zon asia tenggara. Pelanggan tidak lagi perlu risau tentang makanan halal sekiranya mengikuti pakej muslim ini kerana agen-agen tempatan yang telah dilantik oleh syarikat ini adalah yang berpengalaman dan berwibawa dalam memilih restoran makanan bagi menjamu pelancong-pelancong islam.
Pemandu-pemandu pelancong yang terlatih dan berpengalaman serta boleh bertutur pelbagai bahasa juga disediakan oleh kami. Mereka juga arif tentang tempat-tempat lawatan, tempat tumpuan membeli-belah, restoran halal dan juga dewan solat untuk keselesaan dan setiap pelancong yang menyertai pakej ini.Pelanggan juga boleh berbincang dan mendapat nasihat tentang jadual waktu lawatan daripada pemandu-pemandu pelancong kami bagi mendapatkan kepuasan semasa sessi lawatan.

Pakej Mari-Mari Cuti Indonesia mempunyai destinasi yang sedia ada seperti Banda Acheh, Medan, Padang, Jakarta, Bandung, Jogjakarta, Surabaya dan Bali yang dapat menarik minat ramai pelancong ke tempat-tempat yang menarik disana.Oleh kerana sambutan hangat pelancong ke Indonesia kami ingin memperkenalkan dua destinasi baru pada tahun ini iaitu Pulau Batam dan juga Makassar .Pulau Batam atau lebih dikenali dengan panggilan Batam sememangnya sudah dikenali oleh warga Johor kerana ianya terletak berhampiran dengan Singapura, namun Batam adalah dibawah pemerintahan kerajaan Indonesia. Pelancong boleh menariki feri dari jeti Stulang atau penerbangan Fireflyz dari Subang dengan kekerapan penerbangan tiga kali seminggu.Penggemar sukan golf dan kaki shopping pasti akan merasakan puas dan seronok kerana Batam menyediakan padang golf bertaraf antarabangsa dan juga kawasan membeli belah yang ternama seperti Nagoya atau dikenali sebagai China Town Batam dan juga POLO Shop.Penat lelah bermain golf dan juga membeli-belah para pelancong boleh menjalani rawatan spa yang eksklusif yang banyak terdapat di Pulau Batam ini.Beberapa lokasi menarik dan bersejarah di Batam adalah seperti jambatan yang terkenal di Pulau Batam “ Fisabilillah Barelang Bridge”dan “Mesjid Raya” serta beberapa lagi kawasan peninggalan sejarah. Kek lapis Batam sememangnya cukup terkenal dan pelancong pasti akan tertarik melihat proses pembuatan kek lapis ini di Authentic Baker’s Centre (ABC). Bagi penggemar makanan, menu makanan di Batam ini adalah makanan laut yang segar dan boleh didapati di mana sahaja dengan harga jauh lebih murah dari harga di Malaysia.

Makassar, sebuah bandar pelabuhan diselatan Sulawesi yang penuh dengan sejarah dan kebudayaan etnik. Pemandangan cantik sewaktu matahari terbit dan terbenam juga menarik minat ramai pasangan yang suka dengan suasana romantik ini bercuti disana. Penerbangan tambang murah Air Asia empat kali seminggu akan membawa ke sana pada setiap hari Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat. Anda akan terpegun melihat kebudayaan etnik masyarakat disana yang masih lagi mengikut adat resam peninggalan nenek moyang mereka.Seperti yang kita ketahui kalau di Padang dan Bukit Tinggi dikenali sebagai “Tanah Minang”, Jogjakarta sebagai “Tanah Jawa” dan Makassar ini juga dikenali sebagai “Tanah Bugis”. Sejarah lalu menunjukkan bahawa pelayar dan pedagang rempah dari Makassar ini yang telah datang dan berdagang di Tanah Melayu dan mula berkahwin dengan rakyat melayu Malaysia.Oleh itu ramai orang Malaysia yang mempunyai susur galur keturunan bugis ini dan mereka mula mengesan saudara mara mereka yang masih ada di Makassar. Antara lokasi-lokasi lawatan yang menjadi tarikan pelancong adalah seperti Bantimurung, Losari Beach, Masjid Al Markaz Al Islami, Masjid Tua Katangka, Mausoleum Syeikh Yusuf, Muzium Balla Lompoa, Sengkang, Batutumonga, Bira Beach, Tanah Beru, Ammatoa, Gunung Bambapuang dan juga yang paling terkenal Tana Toraja.

Tana Toraja lebih dikenali sebagai kampong Kete Kesu atau perkuburan Londa. Keunikan dalam kebudayaan mereka ini adalah membuat rumah seperti bentuk kapal yang dipanggil sebagai Toraja sememangnya tidak terdapat dimana-mana lain negara diAsia tenggara ini. Seperkara yang membuatkan mereka ini unik adalah walaupun mereka yang majoritinya menganut kristian namun cara mereka mengkuburkan mayat-mayat didalam kalangan mereka adalah dengan menggantungkan keranda didinding gua dan membuatkan replika kayu seperti simati sebagai tanda peringatan kepada keluarga dan mereka percaya semangat roh mereka yang mati akan menjaga kesejahteraan tanah milik keluarga mereka itu.


Sedikit sebanyak informasi yang kami sediakan kepada pembaca yang bercadang untuk bercuti pada hujung tahun ini, dan disarankan agar dapat merancang percutian anda dengan lebih awal kerana musim cuti sekolah akan menjelang tiba.Segala khidmat nasihat atau pertanyaan boleh diajukan di talian 03-3348 8130/8131 atau emel marimaricuti@yahoo.com. Pegawai khidmat pelanggan kami akan sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat dengan percuma.

Oleh: Mohd Faizal M.R