Tuesday, September 7, 2010

Kepuasan Peserta Kebanggan Kami - Utusan Malaysia 7 Sep 2010

Artikel Utusan Malaysia bertarikh 7 Sep 2010....
Testimoni penuh dari peserta yang telah menyertai pakej ini...
Testimoni 1... Pn Rohana Abd Hamid - Salak Tinggi
GUANGZHAO MENAWARKAN PELUANG PERNIAGAAN
YANG LUAS

Oleh
Hajjah Rohana Abdul Hamid
http://kakanaskitchen.blogspot.com/
Keinginan yang kuat untuk berniaga sudah lama ada dalam diri ini. Tak mengapalah bermula secara kecil-kecilan dulu. Apabila terbaca Pakej Pemborong China ke Guangzhao di dada suratkhabar yang ditawarkan oleh LV Travel & Tours Sdn Bhd (LVTT), kesempatan ini tak mahu dilepaskan. Tambahan pula, harga pakej yang ditawarkan menarik dan berpatutan. Kemesraan pegawai-pegawai syarikat LVTT yang sanggup datang sampai ke rumah memberi perkhidmatan memudahkan urusan. Perbincangan yang terperinci dijalankan antara perserta pakej dan LVTT. Maklumlah, pakej ini bukan untuk melancong tapi untuk berniaga. Yang nak pergi ni pun bukan taukeh besar pun. Kenalah jelaskan pada LVTT jenis perniagaan dan barangan apa yang nak dicari. Apatah lagi kebanyakan perserta baru kali pertama ke sana. Gambaran sebenar Guangzhaou sudah tentu amat minimum.

Memilih Barangan Digital Di Shenzhen

Sebelum ke Guangzhao, destinasi pertama ialah ke Bandaraya Shenzhen. Shenzhen lebih dikenali sebagai Bandaraya Digital. Bagi yang berhajat untuk mencari barangan digital, Shenzenlah tempatnya. Kompleks pasaraya borongnya banyak dan besar-besar belaka. Komplek Hua Qiang Bei Wiring City antara destinasi pilihan. Di sini barangan digital dan gajet seperti komputer, kamera, telepon bimbit dan sebagainya amat banyak dan pelbagai. Yang pertama kali datang memang rambang mata dibuatnya. Sehari rasa tak puas untuk meninjau dan memilih barang yang berkenan di hati. Kalau tak memborong, sekurang-kurangnya buah tangan untuk kegunaan sendiri pasti dibawa balik.
Bandar raya Shenzhen menawarkan barangan digital yang menarik
dengan harga yang berpatutan
Memborong Di Guangzhao

Gedung memborong di Guangzhao memang banyak dan terletak di beberapa lokasi. Walaubagaimana pun, kerja jadi mudah bila barangan yang nak dicari telah dimaklumkan kepada LVTT lebih awal. Sebagai ’home baker’, gedung menjual barangan dan peralatan membuat kek dan coklat destinasi pertama yang dituju. Gedung menjual peralatan kek dan coklat di Guangzhao menjadi tumpuan terutama di kalangan pengusaha khidmat katering, syarikat perhotelan maupun restoran. Berbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia datang memborong barangan di sini. Kualiti barangannya tinggi dan banyak pilihan. Layanan dari para peniaga amat mesra walaupun kadang-kadang bahasa untuk berkomunikasi menimbulkan sedikit masalah. Skil tawar menawar perlu ada untuk memborong di Guangzhao. Peniaga China ni selalunya akan meletakkan harga mula yang amat tinggi. Kena pandai menawar dan buat sedikit ’homework’ berkaitan harga semasa di tanah air.

Selain barangan dan peralatan kek dan coklat, naluri seorang wanita sudah tentu tidak dapat tidak akan ke gedung menjual beg tangan dan tekstil. Antara gedung-gedung yang menjual barangan ini temasuklah : Wang Ning Wholesale Market; Liu Hua Clothes Market; Shang Xia Lu dan banyak lagi.
Menyusuri Sungai Guangzhao

Setelah penat memborong, group kami ditawarkan pakej menyusuri Sungai Guangzhao waktu malam. Dengan menaiki boat besar dua tingkat, pelancong akan dapat menikmati pemandangan Bandaraya Guangzhao yang amat mempesonakan. Sinaran lampu aneka warna dari bangunan-bangunan pencakar langit di tebing sungai menyerikan Sungai Guangzhao. Penyusuran sungai yang mengambil masa hampir sejam dirasakan sekejap. Di dalam boat juga dihidangkan persembahan tarian dan nyanyian untuk tontonan pelancong. Keadaannya sungguh meriah dan menghiburkan.

Makanan Muslim Yang Enak

Bila tiba time makan, tourist guide akan bawa kami ke restoran Islam yang amat sedikit terdapat di Guangzhao. Yalah, penduduk Islam katanya lebih kurang 200,000 orang aje daripada 8 juta penduduknya. Kena beberapa kali pusing bandaraya baru nak jumpa. Restoran yang paling diingati ialah Restoran Abdullah. Mungkin namanya kot. Lauk pauk yang dihidang memang sedap dan banyak. Problemnya, ramai pemborong dalam group kami ni tak tau guna chop stick. Kelam kabut lah pelayan restoran nak cari sudu dan garpu. Mungkin alat ni amat jarang digunakan pelanggan di sini. Pinggan nasi pulak kecil. Tak apelah, janji masing-masing boleh soru dan perut kenyang. Pihak restoran juga ada menyediakan sejadah untuk solat di bilik khas atau ruang-ruang yang bersih dalam restoran. Maklumlah nak cari masjid atau surau cukup susah di Guangzhao.

Makanan Islam yang enak di Guangzhao
Khidmat Kargo Disediakan

Hari terakhir kami akan melibatkan kerja-kerja pembungkusan barangan yang telah diborong. Kotak dan tape telah disediakan oleh pihak LVTT lebih awal memudahkan kerja. Kotak-kotak yang telah dibungkus rapi akan dihantar ke syarikat kargo untuk penghantaran melalui laut ke tanah air. Syarikat kargo juga menyediakan pembungkusan tambahan yang lebih kukuh demi menjamin keselamatan barangan dengan caj yang murah. Selalunya, jangkamasa penghantaran barangan oleh syarikat kargo hingga ke depan rumah para pemborong akan mengambil masa antara 10 dan 14 hari sahaja.

Kerja-kerja pemeriksaan akhir sebelum penghantaran kargo melalui laut

Potensi Perniagaan Yang Luas

Sambutan pelanggan terhadap barangan dari Guangzhao amat menggalakkan sebaik sahaja dipasarkan di tanah air. Keadaan ini sudah tentu menambahkan keyakinan pada diri ini untuk terus memborong barangan Guangzhao. Dengan pakej perkhidmatan pemborongan oleh LVTT yang efisyen dan memuaskan, sudah tentu akan dapat menarik lebih ramai pemborong tempatan menyertainya. Walaupun, majoriti pemborong menggunakan trip pertama ini sebagai tinjauan awal, namun rata-rata berpendapat potensi dan peluang perniagaan yang ditawarkan di Guangzhao amat luas. Dengan memborong barangan secara terus dari pembekal akan dapat menjimatkan kos dan mengelakkan masalah dan pelbagai kerenah yang ditimbulkan oleh orang tengah. Tambahan pula, ada di antara yang ikut bersama pakej pertama ini telah mempunyai pengalaman berniaga dan memiliki syarikat perniagaan yang sudah ’established’ di tanah air. Tidak kurang juga ada yang berniaga secara kecil-kecilan di pasar-pasar malam. Yang tak pernah berniaga pun ikut sama. Matlamatnya, sudah tentu untuk menghidu peluang perniagaan yang mungkin ada di Guangzhao.

Testimoni 2...Mohamad Rajis Abd Rahman - Ayer Tawar,Perak

Murah, menarik dan mengagumkan..ini yang dapat digambarkan setelah mengikuti pakej pemborong ke Shenzen dan Guangzhou anjuran LV Travel & Tours Sdn Bhd. Bagi yang bukan pemborong pun tidak rugi untuk menyertai pakej ini. Banyak cenderahati yang boleh dibawa pulang ke tanahair. Segala program yang diatur oleh agensi berjalan lancar. Dari hal yang berkaitan dengan urusan jual beli, makan, penginapan, pengangkutan hinggalah urusan telekomunikasi diurus dengan baik..

Walaupun pakej yang ditawarkan adalah untuk tujuan memborong, namun tempat-tempat menarik sekitar Shenzen dan Guangzhou turut dilawati. Contohnya Masjid Tertua, Makam Bapa Saudara Rasulullah S.A.W, Tugu 5 ekor kambing dan menaiki River Cruise yang menyelusuri Terusan Silk.

Bagi peminat barangan elektrik dan elektronik seperti kamera, telefon bimbit, laptop pelbagai jenama...semuanya boleh didapati di Shenzen. Barang-barang yang dijual jauh lebih murah dari barang yang terdapat di Malaysia. Plaza Low Yat hanyalah ibarat seekor semut di tengah sekawan gajah jika nak dibandingkan dengan Shenzen.
diteruskan ke kota metropolitan Guangzhou..Inilah syurga untuk pemborong-pemborong barangan kulit, pakaian, aksesori lelaki dan wanita, batu jed,kain sutera dan pelbagai barangan lagi. Kesemua barangan ini mempunyai kualiti yang hampir setanding dengan barangan berjenama yang terdapat di seluruh dunia. Malahan harga yang ditawarkan jauh lebih murah dan amat berpatutan. Bagi barangan yang dibeli dalam kuantiti yang banyak , pembekal di sana menggunakan konsep beli dan terus dihantar ke hotel walaupun bayaran deposit hanya RM100 malahan barangan bernilai RM10,000 sudah semestinya dihantar terus ke hotel penginapan. Selebihnya bayaran baki dijelaskan di hotel.

Dari segi makanan, tidak perlu diragui kerana setiap restoran yang dikunjungi dimiliki dan diuruskan masyarakat Cina yang beragama Islam.Restoran Abdullah merupakan antara restoran yang sering dikunjungi sehingga terdapat foto pemimpin kita antaranya Pak Lah dan Tuk Guru Nik Aziz. Walaupun populasi penduduk dalam lingkungan 13 juta namun di China, pengangkutan awam begitu banyak,dari motor beroda 3 hingga tahap keretapi elektrik yang bergerak pantas.

Secara keseluruhannya pakej pemborong ini amat menepati kehendak dan matlamat saya ke China sebagai pemborong. Segala masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaik mungkin oleh agen yang mengiringi..Tahniah dan terima kasih kepada pihak LV Travel and Tours kerana menyediakan pakej pemborong Muslim yang amat bermanfaat ini..



Testimoni 3...Tn Hj Mohd Nasri - Kota Bharu, Kelantan