Wednesday, June 17, 2009

4D3N Jakarta Bandung 5 - 8 Jun 09

4H3M Jakarta - Sari Ater - Bandung
Tarikh : 5-8 Jun 09
Jumlah Peserta :86 orang
Penerbangan : KLM
Leader : Mohd Faizal Mohamad Ramlan

Hari 01 ~ Tepat jam 1.00 petang setibanya kami di KLIA, saya terus ke kaunter pendaftaran KLM untuk menguruskan pendaftaran masuk peserta-peserta seramai 86 orang . Dengan persediaan awal kami telah berjaya mendaftar semua peserta masuk dengan lancar. Jam 3.30 petang pintu pesawat KL809 Kuala Lumpur ke Jakarta mula dibuka untuk penumpang-penumpang menaiki pesawat. Pesawat 777-300 mula bergerak meninggalkan terminal tepat jam 4.15 petang dan berlepas ke Jakarta meninggalkan Kuala Lumpur. Cuaca petang itu cerah dan penerbangan begitu lancar serta layanan mesra anak-anak kapal dapat menghilangkan gemuruh penumpang-penumpang yang baru pertama kali menaiki pesawat. Pesawat 777-300 juga lebih luas dan selesa dan dilengkapi dengan monitor kecil disetiap tempat duduk dapat menghilangkan rasa ketidakselesaan semasa udara (mabuk). Penerbangan mengambil masa hampir 2 jam dan pesawat kami telah mendarat tepat jam 5.15 petang waktu Indonesia barat. Syukur rasanya penerbangan kami telah selamat tiba di Seokarno Hatta Airport di bandaraya Jakarta. Setelah urusan imigresen dan pemeriksaan kastam selesai kami telah berkumpul dan disambut oleh wakil-wakil agen dan pemandu-pemandu pelancong yang begitu ramah yang telah menunggu kami dipintu keluar lapangan terbang. Jam menunjukkan 6.30 petang waktu Indonesia barat namun keadaannya seperti sudah jam 8 malam di Malaysia.

Dua buah bas digunakan untuk kumpulan kami dan dibawa terus bandaraya Jakarta untuk makan malam. Dalam perjalanan kami telah dibawa untuk melihat beberapa monument dan mercu tanda bandaraya Jakarta seperti pancutan airpancut, Monas dan beberapa lagi monument yang terletak di jalan Sudirman. Untuk makan malam kami telah dibawa ke sebuah restoren nasi padang yang terkenal "Selero Jumbo" kerana rasa letih dan lapar peserta-peserta kami begitu berselera menikmati makanan nasi padang yang disajikan di restoren ini.Setelah selesai makan malam kami terus bergerak ke sebuah tempat bernama Subang kerana disanalah tempat hotel kami akan bermalam.
Kami akan menginap di Sari Ater Resort, sebuah resort yang mempunyai kolam air panas semulajadi yang terkenal di Indonesia. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk tiba ke destinasi tersebut. Setiba di Sari Ater Resort, urusan bilik telah disediakan dan begitu lancar sekali peserta-peserta dapat masuk kebilik dan terus berehat. Kolam air panas di resort ini dibuka 24jam dan saya bersama beberapa peserta tidak melepaskan peluang untuk mandi sehinggakan tidak menyedari waktu telah bergerak begitu pantas dan kedengaran laungan azan subuh berkumandang menunjukkan waktu 5.30pagi. Ini kerana walaupun dinihari masih lagi ramai yang mandi dikolam air panas tersebut.Kami tidak dapat merakamkan gambar-gambar sewaktu dikolam kerana tidak mahu mengganggu sensitiviti pengunjung-pengunjung lain pada waktu itu. Setelah mandi, kami pulang ke bilik untuk solat subuh dan merehatkan badan dan sempat melenakan mata sehingga jam 7.00 pagi.


Hari 02 ~ Jam 8.00 pagi peserta-peserta mula check out dan bersarapan pagi di Kinmanis Coffee House yang berada didalam kawasan hotel Sari Ater ini. Servis dan layanan yang diberikan oleh kakitangan Sari Ater Resort begitu baik sekali dan kami amat berpuas hati. Jam 9.00 pagi kami dibawa ke pekan Subang untuk menghadiri satu upacara majlis perkahwinan adat Sunda yang mana tidak mungkin dapat disaksikan secara "live" pada bila-bila masa. Peluang ini kita bawakan kepada peserta atas kerjasama dari Tn Hj Roslee Abd Hamid. Kami mengucapkan terima kasih diatas layanan yang amat baik sewaktu di majlis tersebut. Setelah selesai majlis tersebut kami terus dibawa ke satu tempat yang begitu terkenal dengan kawah gunung berapi.


Gunung Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di provinsi Jawa Barat, Indonesia. Sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung, dengan rimbun pohon pinus dan hamparan kebun teh di sekitarnya, gunung Tangkuban Parahu mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter. Bentuk gunung ini adalah Stratovulcano dengan pusat erupsi yang berpindah dari timur ke barat. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan adalah sulfur belerang, mineral yang dikeluarkan saat gunung tidak aktif adalah uap belerang. Daerah Gunung Tangkuban Perahu dikelola oleh Perum Perhutanan. Suhu rata-rata hariannya adalah 17oC pada siang hari dan 2 oC pada malam hari.
Setelah merasa kedinginan dalam menimba pengalaman melihat sebuah kawah gunung berapi, kami pun mula bergerak menuju ke bandar Bandung. Para peserta sudah tidak sabar lagi kerana mood untuk shopping telah mula dirasai. Ianya mengambil masa lebih kurang sejam setengah dalam menempuhi kesesakan jalanraya dihujung minggu sekitar bandar Bandung. Destinasi membeli-belah yang pertama dalam jadual kami adalah ke sekitar Jalan Dago yang mana menempatkan banyak butik yang dipanggil "factory outlet". Rombongan kami dibawa kesebuah butik yang terkenal iaitu GRANDE dimana sebuah butik pakaian dan perhiasan diri untuk lelaki,wanita mahupun kanak-kanak. Jenama-jenama yang dijual didalam butik ini adalah seperti Cristian Dior, Channel, Gucci, Tommy, Elle dan banyak lagi jenama lain. Harga-harganya pun lebih murah jika dibandingkan dengan yang dijual di Malaysia. Kami menghabiskan masa hampir 2jam didalam butik ini.



Selesai membeli belah dibutik GRANDE itu kami dibawa makan malam di KARAMBA Restoran ,sebuah restoran makanan yang menyajikan makanan Sunda. Para peserta sememangnya sudah keletihan dan lapar kerana makan tengahari adalah lebih awal pada sebelumnya. Mereka begitu berselera dengan makanan yang disajikan dan amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan.Selesai makan malam, kami dibawa terus ke hotel Perdana Wisata untuk bermalam. Setiba dihotel para peserta sudah tidak sabar untuk ke bilik masing-masing berehat kerana keletihan.

Hari 03 ~ Jam 8.00 pg semua peserta bersarapan pagi di coffee house hotel. Kelihatan setiap peserta segar dan ceria kerana mendapat rehat yang cukup dan ingin memulakan perjalanan shopping sepanjang hari pada hari ini.



Tepat jam 9.30 kami mula bergerak menuju ke Jalan Cihampelas. Disini adalah kawasan tumpuan yang mana pelbagai jenis barangan boleh didapati disini seperti bag,pakaian,jeans,kasut,perhiasan dan macam-macam lagi. Kepada mereka yang terkenal sebagai "kaki shopping" pasti menjadi tidak keruan melihat harga yang ditawarkan.

Sememangnya kalau tidak penuh tangan membawa barangan adalah seperti ada yang tidak kena. kami telah menghabiskan masa hampir 3jam disini.Akhirnya bila perut dah mula terasa lapar kami pun beredar untuk menjamu selera disebuah lagi restoran nasi padang yang terkenal didalam kawasan bandar Bandung.Restoran Simpang Raya menyajikan makanan padang yang sememangnya terkenal di Indonesia.

Selesai makan tengahari para peserta dibawa ke kompleks membeli belah Pasar Baru.Tanpa membuang masa para peserta terus mengorak langkah untuk masuk kedalam kompleks ini. Dengan sekelip mata saya kehilangan para peserta saya kerana mereka telah berpecah dengan sendirinya namun sebelum itu kami telah berpesan pada mereka untuk berkumpul semula pada jam 4 petang. Sememangnya Bandung adalah pusat membeli belah yang terkemuka kerana pelbagai barangan terdapat disini dan harga yang ditawarkan juga amat menarik.

Selesai di Pasar Baru kami dibawa ke Herritage Butik di Jalan Riau untuk barangan "factory outlet". Sekiranya dibawa wang selori pun saya rasa boleh habis kerana disetiap tempat ada sahaja barangan yang boleh dibeli. Ini kerana tawaran harganya membuatkan kita akan membeli barangan tersebut.

Seterusnya kami di bawa ke sebuah restoran makanan melayu yang di beri nama Rumah Melayu. Para peserta amat gembira kerana dapat juga makan makanan melayu yang mereka sudah tidak jamah dalam masa 3 hari ini. Dalam waktu yang sama kami juga telah menyusunkan satu program kejutan untuk majlis harijadi kepada salah seorang peserta kami yang mana hari lahirnya pada hari itu. Para peserta amat gembira dan berpuashati pada hari itu walaupun sedikit meletihkan. Selepas selesai makan makan kami pun bergerak pulang ke hotel untuk berehat.


Hari 04 ~ Pagi ini kami bersarapan dan bersiap sedia check out dari hotel kerana penerbangan pulang ke Malaysia melalui Jakarta pada jam 6.15 petang. Kami bertolak ke Jakarta setelah selesai segala urusan lebih kurang jam 9.30pagi. Perjalanan kami melalui lebuhraya mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Hujan lebat telah menyambut ketibaan kami di bandar Jakarta pada hari itu. Keadaan jalan yang sibuk dan kenderaan bergerak amat perlahan namun kami telah tiba untuk makan tengahari direstoran Sari Minang yang menyajikan makanan padang. Setelah kami selesai makan tengahari, tanpa berlengah kami bergerak ke perhentian yang terakhir sebelum ke lapangan terbang untuk pulang. Kami singgah di ITC Mangga Dua yang cukup terkenal dibandaraya Jakarta ini. Persinggahan terakhir ini sememangnya tidak dilepaskan oleh para peserta untuk membeli barangan yang belum sempat dibeli. Rata-rata para peserta memang cukup berpuas hati kerana dapat membeli belah dengan rasa yang amat puas sekali.Banyak barangan yang mereka dapat bawa pulang untuk diri sendiri mahupun keluarga dan sahabat handai. Kami bergerak kelapangan terbang tepat jam 3.30petang untuk penerbangan pulang. Kami selamat tiba di lapangan terbang pada jam 5.00petang kerana keadaan jalan yang sesak semasa menuju kesini. Urusan pendaftaran masuk selesai dan kami berangkat pulang ke tanah air tepat jam 6.15petang dengan penerbangan KLM.